Mengenai Keluarga
Laman Web ini didedikasikan untuk ibubapa kami tersayang Haji Abu Bakar Yaakub dan isteri Hajjah Mardu Jaih. Abah berasal dari Kota Bahru, Gopeng Perak dan Mak berasal dari Tapah, Perak. Rumah keluarga kami di Kg. Bahagia Teluk Intan sejak tahun 60an iaitu sejak Abah mula mengajar di beberapa buah sekolah. Abah lebih dikenali sebagai Cikgu Bakor di Teluk Intan dan dikalangan keluarga Abah dikenali sebagai CIkgu Abu.
Abah dan Mak telah dikurniakan 7 orang putera dan seorang puteri. Seorang dari putera telah kembali menemui Yang Maha Mencipta ketika kecil. Buat masa sekarang Abah dan Mak mempunyai 22 orang cucu, 9 putera dan 13 puteri.